Tahun 2012 telah memulakan langkah, bulan Februari telah menjelma. Malah masa terus memecut tanpa menghiraukan manusia. Sudah setahun menamatkan pengajian di Bumi Anbiya’. Bumi yang kaya dengan sejarah dan banyak mengajar ku erti kehidupan. Daripada soal pengurusan diri, ilmu sehinggalah persoalan kepimpinan. Syukur kepada Allah memilih ku untuk dicampakkan disana.YA….bila difikirkan kembali kepada bumi itu. Bumi yang kering kontang yang didiami oleh orang arab yang turut kaya dengan pelbagai kerenah, tidak dapat dinafikan, kadang kadang terasa sekulumit rindu didalam hati kepada bumi itu.
Seusai selesai pengajian, aku pulang ke Malaysia dengan berbekalkan kelengkapan yang telah dikutip disana sebagai seorang ahli professional dalam bidang agama. Aku berazam ingin meneruskan kelangsungan perjuangan mulia Nabi Muhammad, para sahabat dan para alim ulama’ membentuk generasi hamba yang bertakwa kepada Tuannya. Untuk itu, lebih kurang dua minggu selepas pulang dari Jordan, aku menerima tawaran untuk menjadi guru subjek STAM di sekolah lamaku SMAASZA. Pada awalnya, terasa kerdil untuk memohon mengajar di sekolah yang telah melahirkan tokoh tokoh besar Terengganu. Tetapi selepas menerima pandangan daripada keluarga termasuk usikan sahabat sahabat seperjuangan SMAASZA, aku gagahkan diri untuk berada disana sebagai seorang guru.
Bagaikan ayam pulang ke reban pada waktu senja, ku kembali semula ke sekolah yang banyak mendidik ku ketika usia remaja. Perasaan segan dan malu menjadi pendidik bersama para asatizah yang mendidikku, dikikis dengan keceriaan dan sikap mereka yang menyebabkan terasa selesa bersama mereka. Gurauan, sindiran dan ragam guru guru menghidupkan suasana gembira dibilik guru lelaki. Di sana banyak ilmu yang dipelajari terutama ketabahan dan kegigihan guru guru mendidik anak murid tanpa menghiraukan penat letih dan halangan lain demi memastikan anak islam terdidik dengan semaksimum mungkin. Tidak kurang juga, aku yang bergelar guru yang paling muda diamanahkan pelbagai jawatan. Mewakili sekolah dalam mesyuarat daerah Persatuan Bulan Sabit Merah, dua kali dijemput oleh pihak JAKIM menggubal soalan STAM peringkat kebangsaan, guru kelas, ketua guru pebimbing PBSM sekolah dan pelbagai lagi menjadikanku kadang kadang tidak percaya amanah yang diberikan kepada ku.
Di SMAASZA tugas utamaku mendidik pejuang pejuang muda. Bertemu dengan mereka mengingatkanku kisah yang dilalui pada zaman remaja. Zaman permulaan mencari arah hidup. Pada asalnya ingin menjadi seorang akauntan dek selalu mendapat markah yang luar biasa dalam prinsip akaun. Tetapi dikaburkan cita cita itu walaupun pada awal pengajian di Jordan masih lagi mengintai sijil professional akauntan, CAT dan ACCA.
Bersambung……
No comments:
Post a Comment