
MANUSIA YANG SIBUK DENGAN KEBAIKAN
TIDAK SEMPAT MELIHAT KEJAHATAN ORANG LAIN
Bukan mudah untuk ikhlas. Semakin dicari terasa semakin misteri. Memang ikhlas rahsia dalam rahsia Allah. Diantara musuh ikhlas:
Musuh Pertama: Manusia apabila melakukan kebaikan, terasa hebat menyelubungi diri. Terasa ingin dipamerkan segala kebaikannya yang telah diusahakan agar diberi pujian dan balasan. Bersungguh sungguh melakukan kebaikan agar dipuji oleh manusia. Padahal nilai amal yang sedemikian tidak dinilai walau sedebu.
Musuh Kedua: Walau tanpa sesiapa dimata tetapi dihati masih mengharap harapkan amal yang kononya disembunyikan itu diketahui juga oleh manusia. Alangkah indah rasanya bila amal yang cuba disembunyikan itu diketahui dan diheboh hebohkan pula. Hebatnya dia, laungan sanjungan yang dijunjung.
Musuh Ketiga: Takjub dan merasa hairan terhadap diri sendiri. Kali ini bukan pujian manusia yang terang dan sembunyi yang diharapkan tetapi pujian diri sendiri terhadap diri sendiri. Betul kah ini aku? Alangkah hebatnya! terasa diri bagaikan wali pabila beribadat dan bagaikan sahabat apabila bersedekah.
Imam Ghazali pernah memesan kepada anak muridnya ketika ditanya kepadanya : Tuan. bagaimana keadaanku ketika mulutku berzikir tetapi hatiku masih lalai? Lalu imam yang arif berkata: Teruskan berzikir walau hatimu lalai kerana sekurang-kurangnya lidahmu akan terselamat daripada berkata kata kotor dan sia sia. Walaupun susah untuk ikhlas tetapi teruskanlah melakukan kebaikan. Mudah mudahan kebaikan itu menutupi kemungkaran bermaharajalela.
Disaring daripada: Dimana DIA Dihatiku, Pahrol Mohd Juoi

No comments:
Post a Comment