Sunday, February 12, 2012

KoMPaS (2)

MANUSIA YANG SIBUK DENGAN KEBAIKAN
TIDAK SEMPAT MELIHAT KEJAHATAN ORANG LAIN

Bukan mudah untuk ikhlas. Semakin dicari terasa semakin misteri. Memang ikhlas rahsia dalam rahsia Allah. Diantara musuh ikhlas:

Musuh Pertama: Manusia apabila melakukan kebaikan, terasa hebat menyelubungi diri. Terasa ingin dipamerkan segala kebaikannya yang telah diusahakan agar diberi pujian dan balasan. Bersungguh sungguh melakukan kebaikan agar dipuji oleh manusia. Padahal nilai amal yang sedemikian tidak dinilai walau sedebu.

Musuh Kedua: Walau tanpa sesiapa dimata tetapi dihati masih mengharap harapkan amal yang kononya disembunyikan itu diketahui juga oleh manusia. Alangkah indah rasanya bila amal yang cuba disembunyikan itu diketahui dan diheboh hebohkan pula. Hebatnya dia, laungan sanjungan yang dijunjung.

Musuh Ketiga: Takjub dan merasa hairan terhadap diri sendiri. Kali ini bukan pujian manusia yang terang dan sembunyi yang diharapkan tetapi pujian diri sendiri terhadap diri sendiri. Betul kah ini aku? Alangkah hebatnya! terasa diri bagaikan wali pabila beribadat dan bagaikan sahabat apabila bersedekah.

Imam Ghazali pernah memesan kepada anak muridnya ketika ditanya kepadanya : Tuan. bagaimana keadaanku ketika mulutku berzikir tetapi hatiku masih lalai? Lalu imam yang arif berkata: Teruskan berzikir walau hatimu lalai kerana sekurang-kurangnya lidahmu akan terselamat daripada berkata kata kotor dan sia sia. Walaupun susah untuk ikhlas tetapi teruskanlah melakukan kebaikan. Mudah mudahan kebaikan itu menutupi kemungkaran bermaharajalela.

Disaring daripada: Dimana DIA Dihatiku, Pahrol Mohd Juoi


Saturday, February 11, 2012

KoMPaS (1)

KEJAHATAN YANG MENYEBABKAN ENGKAU MENANGIS
LEBIH BAIK DARIPADA
KEBAIKAN YANG MENYEBABKAN ENGKAU TAKABBUR
(PAHROL MOHD JUOI)

Kejahatan bukan satu kebetulan. Ia kebiasaan yang terbentuk perlahan lahan, tahap demi tahap

TAHAP 1: Kali pertama terbuat dosa, hati akan diburu rasa bersalah. Jiwa resah kerana menentang fitrah. Sesalnya bukan main.

TAHAP 2: Jika dosa sama dibuat kali kedua dan seterusnya, rasa bersalah itu akan hilang sedikit demi sedikit. Akhirnya, alah bisa tegal biasa. Hati telah tega untuk berdosa.

TAHAP 3: Daripada tahap terbiasa dengan dosa, terus meningkat ke tahap kederhakaan yang lebih parah lagi. Tahap yang merasa seronok dan rasa indah dengan dosa. Diri sentiasa mengintai peluang dan ruang untuk melakukan dosa.

aPa YaNG KaMu TuNGGukan?
Pintu Taubat Terbuka Luas


Saturday, February 4, 2012

Di TePi PeLaBuHaN (1)

Tahun 1 di Universiti Mu'tah, Jordan

Tahun 2012 telah memulakan langkah, bulan Februari telah menjelma. Malah masa terus memecut tanpa menghiraukan manusia. Sudah setahun menamatkan pengajian di Bumi Anbiya’. Bumi yang kaya dengan sejarah dan banyak mengajar ku erti kehidupan. Daripada soal pengurusan diri, ilmu sehinggalah persoalan kepimpinan. Syukur kepada Allah memilih ku untuk dicampakkan disana.YA….bila difikirkan kembali kepada bumi itu. Bumi yang kering kontang yang didiami oleh orang arab yang turut kaya dengan pelbagai kerenah, tidak dapat dinafikan, kadang kadang terasa sekulumit rindu didalam hati kepada bumi itu.

Seusai selesai pengajian, aku pulang ke Malaysia dengan berbekalkan kelengkapan yang telah dikutip disana sebagai seorang ahli professional dalam bidang agama. Aku berazam ingin meneruskan kelangsungan perjuangan mulia Nabi Muhammad, para sahabat dan para alim ulama’ membentuk generasi hamba yang bertakwa kepada Tuannya. Untuk itu, lebih kurang dua minggu selepas pulang dari Jordan, aku menerima tawaran untuk menjadi guru subjek STAM di sekolah lamaku SMAASZA. Pada awalnya, terasa kerdil untuk memohon mengajar di sekolah yang telah melahirkan tokoh tokoh besar Terengganu. Tetapi selepas menerima pandangan daripada keluarga termasuk usikan sahabat sahabat seperjuangan SMAASZA, aku gagahkan diri untuk berada disana sebagai seorang guru.

Bagaikan ayam pulang ke reban pada waktu senja, ku kembali semula ke sekolah yang banyak mendidik ku ketika usia remaja. Perasaan segan dan malu menjadi pendidik bersama para asatizah yang mendidikku, dikikis dengan keceriaan dan sikap mereka yang menyebabkan terasa selesa bersama mereka. Gurauan, sindiran dan ragam guru guru menghidupkan suasana gembira dibilik guru lelaki. Di sana banyak ilmu yang dipelajari terutama ketabahan dan kegigihan guru guru mendidik anak murid tanpa menghiraukan penat letih dan halangan lain demi memastikan anak islam terdidik dengan semaksimum mungkin. Tidak kurang juga, aku yang bergelar guru yang paling muda diamanahkan pelbagai jawatan. Mewakili sekolah dalam mesyuarat daerah Persatuan Bulan Sabit Merah, dua kali dijemput oleh pihak JAKIM menggubal soalan STAM peringkat kebangsaan, guru kelas, ketua guru pebimbing PBSM sekolah dan pelbagai lagi menjadikanku kadang kadang tidak percaya amanah yang diberikan kepada ku.

Di SMAASZA tugas utamaku mendidik pejuang pejuang muda. Bertemu dengan mereka mengingatkanku kisah yang dilalui pada zaman remaja. Zaman permulaan mencari arah hidup. Pada asalnya ingin menjadi seorang akauntan dek selalu mendapat markah yang luar biasa dalam prinsip akaun. Tetapi dikaburkan cita cita itu walaupun pada awal pengajian di Jordan masih lagi mengintai sijil professional akauntan, CAT dan ACCA.

Bersambung……