Tuesday, January 17, 2012

iSu ZaKaT PeLaJaR TeReNGGaNu MeSiR (1)


INSTITUSI BERHARGA UMAT ISLAM

Perbincangan berkenaan institusi zakat tidak pernah sunyi dibincangakan bermula daripada orang bawahan sehinggalah ke peringkat atasan. Hal ini disebabkan institusi zakat dan waqaf merupakan institusi yang sangat bernilai kepada islam. Disamping faktor ekonomi dan pentadbiran sesebuah negara islam, zakat dan waqaf boleh menjadi pemangkin pembinaan umat islam dalam pelbagai sudut seperti pembangunan modal insan dan pembangunan material.

Dengan zakat dan waqaf ,ekonomi dapat dijana dengan mampan dan dapat menghasilkan generasi terbilang di zaman moden ini. Justeru itu, institusi ini hendaklah ditadbir dan diuruskan dengan sebaik mungkin dan penuh amanah.

PEMBIAYAAN PELAJAR AGAMA TERENGGANU

Negeri Terengganu tidak kurang hebatnya dalam menghasilkan produk-produk profesional dalam bidang agama yang banyak berbakti kepada ummah. Ramai dalam kalangan mereka telah menjadi pemimpin dan ulama’. Jasa mereka bukan sahaja diiktiraf di peringkat Terengganu, malahan diperingkat nasional mahupun antarabangsa.

Untuk memastikan kelangsungan itu, kerajaan Negeri Terengganu melalui Yayasan Terengganu (YT) dan Majlis Agama Dan Adat Istiadat Melayu Terengganu (MAIDAM) telah menawarkan pinjaman dan dermasiswa kepada rakyat Terengganu yang melanjutkan pelajaran dalam bidang agama khususnya di Timur Tengah.

Institusi zakat di Terengganu yang diterajui oleh MAIDAM terus cemerlang memainkan peranan bagi menghasilkan produk profesional dalam bidang agama ini. Justeru itu, kebelakangan ini MAIDAM telah mengambil beberapa langkah bijak yang telah diputuskan oleh kerajan bagi memastikan kelangsungan tersebut. Walaubagaimanapun, tidak dinafikan terdapat juga langkah-langkah yang dilakukan perlu dikaji dan dipertimbangkan semula bagi memantapkan keputusan yang dibuat.

LANGKAH BIJAK

Tidak dapat disangkal lagi bahawa pengumuman program memartabatkan institusi ulama atau cendikiawan Islam Terengganu merupakan langkah yang paling terkehadapan jika dibandingkan dengan negeri-negeri yang lain. Pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) diberi tajaan penuh oleh MAIDAM bagi melanjutkan pelajaran dalam bidang agama bermula dari peringkat Sarjana Muda di Jordan sehingga ke Doktor Falsafah (Ph.D). Sewajarnya program tajaan pelajar cemerlang ini patut diberi pujian. Sudah semestinya rakyat Terengganu akan menerima pulangan yang lumayan apabila pelajar tersebut selesai menamatkan pengajian yang dijangka pada 2025.

Selain itu, MAIDAM juga menetapkan syarat baru supaya semua pelajar yang mahu melanjutkan pelajaran di bidang pengajian Islam di Universiti Jordan hendaklah mengikuti program khas yang dinamakan Skim Al-Ansar. Skim yang menyediakan kursus Bahasa Arab dan penyesuaian diri selama sebulan ini sudah tentu dapat membantu pelajar membuat persiapan untuk menyambung pelajaran di Jordan nanti.

Malah, dermasiswa yang menarik juga telah ditawarkan. Pelajar yang mendapat keputusan cemerlang akan dinaikkan dermasiswa mereka. Satu lagi langkah yang wajar dipuji dalam usaha merangsang pelajar untuk terus mendalami pengajian islam.

LANGKAH KURANG BIJAK

Sebagai seorang pemuda Terengganu yang celik pengetahuan, kami sangat memahami tindakan Yayasan Terengganu yang menghentikan pinjaman kepada pelajar Terengganu yang ingin menyambung ke Mesir. Faktor keadaan semasa Mesir dan faktor dasar kerajaan Terengganu jelas dapat difahami oleh rakyat Terengganu. Akan tetapi apabila MAIDAM turut mengambil langkah yang sama, ia seolah-olah menggambarkan kerajaan Terengganu tidak mengiktiraf kehebatan Al Azhar dipersada dunia islam.

Tanyalah mana-mana masyarakat dunia islam khususnya para agamawan dan ulama’, mereka mengakui sumbangan besar Al-Azhar daripada dahulu sehingga kini. Tiada satu pun cendikiawan islam yang meragui peranan Al Azhar dalam memastikan islam terus subur. Malah keluarannya seperti Al-Imam Dr Yusof Al Qardawi dan ramai lagi telah menjadi pemangkin ummah di dunia globalisasi ini. Sehubungan itu, rakyat Terengganu akan kehilangan sumber besar bagi meneruskan pengajian mereka jika dasar sekatan ini diteruskan.

aPa YaNG PaSTi: Sudah lama musuh islam ingin menghalang peranan Al Azhar dalam pembangunan umat islam. Ku tak ingin pemimpin seagama dan sebangsa turut terjerumus menjayakan agenda musuh.

1 comment:

  1. bagus ulasan ini, saya faham bagaimana situasi pljr mesir apabila mdpt berita ini, namun kita sbgai pljr masing2 pelajar tak harus cepat melatah, perlu menimbang apa alasan yg dikemukakan. pernah sy diajak bbncg dgn ahli mesir lantaran isu ini,pdpt sy;

    sistem pendidikan di Jordan(pljr syariah) setakat yg sy tahu:
    -kedatangan pelajar diambil setiap kali kuliah
    -sekiranya seorg pljr gagal mhabiskan pgajiannya dlm 7 thun, dia tak boleh lagi mneruskan pgajiannya

    susulan tajuk akhbar-maidam henti pljr ke Mesir-
    yg dikatakan KETINGGALAN di situ krn sistem mesir yg tak mwajibkan pelajar masuk ke kelas myebabkan ramai yg ponteng. maidam pnh mgatakn: tdapat sgelintir pljr, apabila pihak atsn turun, didapati berada bawah selimut(ponteng) dan ada juga pljr yg apabila dihubungi, didapati sedang berada di Malaysia. selain itu, isu2 lain sprti kuat bpersatuan, kahwin awl dan prestasi akademik yg krg mmuaskan. oleh itu, beliau mrasakan bhwa duit zakat xdigunakan dgn betul.

    Bagi ana,benar pljr mesir xharus dipersalahkan dan alasan2 tsebut perlu dilihat scra positif. isu kahwin? jemaah ....?
    dan ada yg bpendapat- yg dikatakan pulang senyap2 ke Malaysia itu mgkin "seorang" sahaja.bahkan ada versi yg mgatakan cerita ini tak betul juga.
    Namun apabila timbul isu sedemikian, sebaiknya kita sbgai pljr perlu mbuktikan bahawa hal tu xwujud di mesir,juga perlu diambil kira "nilai setitik nila" agar nama baik graduan mesir tak tjejas dan kelak, akan tbukti samaada yg diperkatakan itu benar atau hnyalah satu 'agenda' semata2 lantaran gelodak graduan mesir.

    dan sgt setuju dgn ulasan ni,alasan sistem Mesir yg 'tua' sgt dangkal- tak masuk akal- mjdi bahan ketawa sedang semua negara mengiktiraf kehebatan al-azhar

    wallahua'lam

    ReplyDelete